Skip to main content

Special SPAGHETTI OLEO-OLEO Chef Sabri Hassan #MinyakZaitun #makanansunnah

SPAGHETTI OLEO-OLEO


Spaghetti Oleo-OleoMasa Penyediaan: 10 minit
Hidangan: 8 orang

Bahan:
1 Paket angle hair spaghetti
Sedikit minyak jagung
3 liter air
3 sudu makan Minyak Zaitun
8 ekor udang harimau – dibuang kulit dan dipotong kecil
5 ekor sotong – dihiris halus
½ cawan kepah (Mussle) – dihiris halus
3 sudu makan bawang putih – dicincang halus
2 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sdm daun parsley yang telah dicincang
1 sdm lada hitam – dikisar
8 biji cili padi dihiris nipis
1 biji air perahan limau nipis
1 sudu kecil serbuk perisa ayam
1 sudu kecil garam secukup rasa
½ sudu makan gula

Cara memasak:

1. Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sedikit
garam dan sedikit minyak jagung.
2. Masukkan spaghetti dan rebus selama 5-8 minit hingga
empuk dan masak
3. Setelah masak, tuangkan ke dalam tapisan, kemudian
rendam ke dalam air batu yg sejuk, kemudian di toskan
dan gaul dalam minyak jagung
4. Untuk menggoreng, panaskan kuali, masukkan minyak
zaitun, bawang putih, cili padi dan kacau hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan seafood dan kacau selama 2 minit
dan masukkan spaghetti, kacau rata selama 6 minit.
6. Kemudian masukkan serbuk cili, lada hitam dan daun
parsley yang telah di cincang tadi.
7. Akhir sekali masukkan garam, gula, serbuk perasa dan
air limau nipis
8. Setelah siap bolehlah dihidang dengan keju parmesan





 More Info :
Blog : http://oliveasli.blogspot.com/

Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli

Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS

Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau

hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp

Comments

Popular posts from this blog

resepi bengkang - BINGKA TEPUNG GANDUM -

                                     Bahan bahan : 1) 6 biji telur 2) 1 tin susu cair 3) 2 tin air 4) 4 cawan tepung gandum 5) 2 cawan gula Cara : 1) Campur semua bahan, kisar dan tapis. 2) Sapu rata loyang dengan minyak. 3) Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 50 minit/masak. 4) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan

RESEPI DAGING MASAK BOMBAY DIELLA @ ADILLA :)

Sumber: Diella Bahan-bahannya: 500gm daging, direbus dengan sedikit garam, dipotong kecil dan diperapkan dengan cili giling dan kicap manis untuk 1 jam Daging yang telah diperap kemudian digoreng dengan minyak dan kemudian dimasukkan air rebusan daging tadi dan juga bahan-bahan dibawah Masukkan 2 biji bawang besar, dihiris 3 batang lada hijau, dibelah tengah 2 batang serai, dititik 5 batang daun kari, dilurutkan ke dlm 2 biji limau nipis, diperah ambil airnyer Tutup periuk dan biarkan hingga kuahnya kering sedikit. Letakk

RESEPI POPIA GORENG - Aku Suka ni!!!

Bahan bahan : 1) Kulit popia saiz besar 2) 1 biji telur (pukul) 3) ½ batang lobak merah 4) 1 keping tahu (goreng dan cincang) 5) ½ biji sengkuang 6) 2 sudu udang kering (tumbuk) 7) 1 cawan kobis (sagat) 8) 1 labu bawang besar (cincang) 9) 3 ulas bawang putih (cincang) 10) 1 biji cili merah (cincang) 11) 1 sudu teh garam 12) ½ 1kg minyak masak (untuk menggoreng) Untuk sos : 1) 3 biji cili merah 2) 1 sudu makan cili mesin/giling 3) 1 ulas bawang putih 4) 1 cm halia 5) 1 sudu makan cuka 6) 3 sudu makan gula 7) 1 sudu teh garam 8) 1 sudu teh tepung jagung 9) ½ cawan air Cara : 1) Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. 2) Masukkan udang kering, lobak merah, tahu, sengkuang, cilimerah, garam dan sayur kobis. Masak sehingga layu . 3) Angkat dan ketepikan. 4) Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan lipat serta gulungkan. Buat sehingga habis. 5) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali...