Resepi Nasi Ayam Penyet - wanmus

Tuesday, April 20, 2010 , Posted by ProAZ-AD at 12:52 AM

http://wanmus.com/ :

wahhh..my feberet ni tau. tapi kalau tanya orang KL, ramai masih kurang kenal nasi ayam penyet ni. search kat google pun tak ramai yang post..so saya nak kongsilah resepi nasi ayam penyet ni. Tapi awas, kalau korang jenis tak tahan sabar bahaya makan ayam penyet ni.

Kenapa bahaya? sebab sambalnya mesti pedas dan ini akan menambahkan ketidaksabaran korang. Yang lagi penting ialah, korang takkan sabar nak tunggu restoran tu bukak nak beli ayam penyet. Dah ramai yang kena penyakit ni, mujurlah saya kena sikit je..hehe
Apa specialnya nasi ayam penyet ni sampaikan saya membawanya sebagai menu tengahari untuk seminar blogging pada 18 oktober ni? haaa..rahsianya pada ayam yang diperap dan digoreng garing beserta sambal yang cukup membuatkan orang menangis mengalahkan sedih tengok filem hindustan. Tapi yang bagusnya nasi ayam penyet ini ialah kekadang anda akan berpeluh-peluh lepas makan macam baru balik jogging..hehe
Ok..kembali ke resepi ayam penyet:

1- Ayam:

1/4 ayam tua (pencen)

2- Bahan untuk perap ayam:

4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar ketumbar
* semua bahan ni dikisar

3- Cara menyediakan ayam penyet:

  1. Ayam diperap 30 hari minit dengan barang yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit garam
  2. Rebus ayam tadi sehingga empuk sebelum digoreng garing
  3. Kemudian hidangkan bersama hirisan timun, salad, kobis dan ulam-ulam yang anda suka

4- Menyediakan sambal

  1. Bahan-bahan ialah 20 biji cili api, 5 biji cili merah, 3 biji tomato dan 3 inci belacan.
  2. Semua bahan ini digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk (nak blend pun boleh).

5- Cara nak makan:

  1. 1 pinggan nasi putih (beserta nasi tambah)
  2. 1 pinggan ayam yang telah siap digoreng tadi pada step 3
  3. 1 mangkuk sambal
  4. 1 mangkuk sup
  5. 1 jag gelas air suam :)
*kalau nak rasa nikmatnya dan malas nak masak, saya sarankan pergi je kat Restoran Ayam Penyet Pinang di hadapan Apartment Melana, Tmn Universiti, Skudai ni..memang tip top. Kalau datang silap masa (biasanya pukul 7-8) memang korang takkan ada kerusi nak duduk sebab penuh.

Currently have 1 comments:

  1. mmg ai carik resepi ni sebab tgk ramai kat fb cakap ayam penyet sedap but ai x pernah try lagik dah la kt jpn x cukup bahan mentah hikhikhik but ai akan try nnt...tq

Leave a Reply

Post a Comment

Easy & Delicious

Latest News

Video Shows

Old Post

flagcounter

free counters
JOM!! Jadi 'Tokey' Topup Untung banyak.. Free Register: [BONUS RM100 menanti anda]

FeedCount

JOM! BUAT DUIT DGN HPA
Video-Shows

Online Watching&Download

MudahOnline

Blog Archive

Best Comment

Live Blog Stats

Where are They?

Free SEO Tools

Infolinks In Text Ads