Skip to main content

Resepi Nasi Ayam Penyet - wanmus

http://wanmus.com/ :

wahhh..my feberet ni tau. tapi kalau tanya orang KL, ramai masih kurang kenal nasi ayam penyet ni. search kat google pun tak ramai yang post..so saya nak kongsilah resepi nasi ayam penyet ni. Tapi awas, kalau korang jenis tak tahan sabar bahaya makan ayam penyet ni.

Kenapa bahaya? sebab sambalnya mesti pedas dan ini akan menambahkan ketidaksabaran korang. Yang lagi penting ialah, korang takkan sabar nak tunggu restoran tu bukak nak beli ayam penyet. Dah ramai yang kena penyakit ni, mujurlah saya kena sikit je..hehe
Apa specialnya nasi ayam penyet ni sampaikan saya membawanya sebagai menu tengahari untuk seminar blogging pada 18 oktober ni? haaa..rahsianya pada ayam yang diperap dan digoreng garing beserta sambal yang cukup membuatkan orang menangis mengalahkan sedih tengok filem hindustan. Tapi yang bagusnya nasi ayam penyet ini ialah kekadang anda akan berpeluh-peluh lepas makan macam baru balik jogging..hehe
Ok..kembali ke resepi ayam penyet:

1- Ayam:

1/4 ayam tua (pencen)

2- Bahan untuk perap ayam:

4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar ketumbar
* semua bahan ni dikisar

3- Cara menyediakan ayam penyet:

  1. Ayam diperap 30 hari minit dengan barang yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit garam
  2. Rebus ayam tadi sehingga empuk sebelum digoreng garing
  3. Kemudian hidangkan bersama hirisan timun, salad, kobis dan ulam-ulam yang anda suka

4- Menyediakan sambal

  1. Bahan-bahan ialah 20 biji cili api, 5 biji cili merah, 3 biji tomato dan 3 inci belacan.
  2. Semua bahan ini digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk (nak blend pun boleh).

5- Cara nak makan:

  1. 1 pinggan nasi putih (beserta nasi tambah)
  2. 1 pinggan ayam yang telah siap digoreng tadi pada step 3
  3. 1 mangkuk sambal
  4. 1 mangkuk sup
  5. 1 jag gelas air suam :)
*kalau nak rasa nikmatnya dan malas nak masak, saya sarankan pergi je kat Restoran Ayam Penyet Pinang di hadapan Apartment Melana, Tmn Universiti, Skudai ni..memang tip top. Kalau datang silap masa (biasanya pukul 7-8) memang korang takkan ada kerusi nak duduk sebab penuh.

Comments

  1. mmg ai carik resepi ni sebab tgk ramai kat fb cakap ayam penyet sedap but ai x pernah try lagik dah la kt jpn x cukup bahan mentah hikhikhik but ai akan try nnt...tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

resepi bengkang - BINGKA TEPUNG GANDUM -

                                     Bahan bahan : 1) 6 biji telur 2) 1 tin susu cair 3) 2 tin air 4) 4 cawan tepung gandum 5) 2 cawan gula Cara : 1) Campur semua bahan, kisar dan tapis. 2) Sapu rata loyang dengan minyak. 3) Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 50 minit/masak. 4) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan

Terkini Halal Jakim : SENARAI SYARIKAT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL TERBARU DALAM TEMPOH 15 HARI

Terkini Halal Jakim : SENARAI SYARIKAT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL TERBARU DALAM TEMPOH 15 HARI Posted by Balliq ilm at 8:45 PM Maklumat Pensijilan Terkini       Download Here    J AKIM akan mengemaskini maklumat persijilan terbaru bagi premis / syarikat yang memiliki sijil halal daripada JAKIM. Ini bagi memudahkan pengguna mengetahui maklumat terkini mengenai persijilan halal yang telah diluluskan. Maklumat ini juga mengandungi tempoh persijilan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat dan sijil tersebut harus diperbaharui oleh pihak berkenaan sekiranya tempoh yang diberikan telah tamat. Berikut adalah senarai syarikat yang baru menerima / memperbaharui sijil halal yang diiktiraf. Tiada Iframe 1. AAA GOLDEN TASTE FOOD SDN BHD [658606-V] NO. 35,36,37, JALAN VELOX 1,, , RAWANG, Wilayah Persekutuan No. Tel: 03-62728882    No. Faks : 03-62729582 Tarikh Sah Sijil [16/07/20

Peuang kerja Pakar ads dan Pakar Membina Team dan Ejen

Kerjaya Income Lumayan di Coway untuk Pakar ads dan Pakar Membina Team dan Ejen π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗬𝗔 π——π—œ 𝗖𝗒π—ͺ𝗔𝗬 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗑 π—œπ—‘π—–π—’π— π—˜ Dila sedang mencari sesiapa yang nak bina kerjaya atau yang nak tambah pendapatan di Coway secara sepenuh masa -Income tambahan dari Rm2000-Rm11000 -Tak perlu simpan Produk -Payslip diberikan -Trip Percutian Luar Negara   http://www.wasap.my/+60124506763 #kerjacoway #csteam #theelitewarriors #kerjaya #coway Tahukah anda Kerja di Coway ni sebenarnya kerjaya yang terjamin dan menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Tahukah anda kerjaya sebagai JURUJUAL  atau SALES termasuk dalam senarai KERJA INCOME PALING LUMAYAN. Berikut berita ASTRO AWANI 10 pekerjaan dengan gaji paling lumayan di Malaysia Menurut  The 2016 Hays Asia Salary Guide , pada hakikatnya, 53 peratus rakyat Malaysia menganggap gaji dan faedah sebagai keutamaan apabila memilih pekerjaan. Dalam erti kata lain lima dari 10 rakyat Malaysia menjadikan prospek gaji sebagai faktor