Skip to main content

Resepi Masakan Ayam Penyet



Bahan Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan untuk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.


Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

resepi bengkang - BINGKA TEPUNG GANDUM -

                                     Bahan bahan : 1) 6 biji telur 2) 1 tin susu cair 3) 2 tin air 4) 4 cawan tepung gandum 5) 2 cawan gula Cara : 1) Campur semua bahan, kisar dan tapis. 2) Sapu rata loyang dengan minyak. 3) Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180°c selama 50 minit/masak. 4) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan

Terkini Halal Jakim : SENARAI SYARIKAT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL TERBARU DALAM TEMPOH 15 HARI

Terkini Halal Jakim : SENARAI SYARIKAT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL TERBARU DALAM TEMPOH 15 HARI Posted by Balliq ilm at 8:45 PM Maklumat Pensijilan Terkini       Download Here    J AKIM akan mengemaskini maklumat persijilan terbaru bagi premis / syarikat yang memiliki sijil halal daripada JAKIM. Ini bagi memudahkan pengguna mengetahui maklumat terkini mengenai persijilan halal yang telah diluluskan. Maklumat ini juga mengandungi tempoh persijilan yang diperolehi oleh sesebuah syarikat dan sijil tersebut harus diperbaharui oleh pihak berkenaan sekiranya tempoh yang diberikan telah tamat. Berikut adalah senarai syarikat yang baru menerima / memperbaharui sijil halal yang diiktiraf. Tiada Iframe 1. AAA GOLDEN TASTE FOOD SDN BHD [658606-V] NO. 35,36,37, JALAN VELOX 1,, , RAWANG, Wilayah Persekutuan No. Tel: 03-62728882    No. Faks : 03-62729582 Tarikh Sah Sijil [16/07/20

Peuang kerja Pakar ads dan Pakar Membina Team dan Ejen

Kerjaya Income Lumayan di Coway untuk Pakar ads dan Pakar Membina Team dan Ejen 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗖𝗢𝗪𝗔𝗬 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗖𝗢𝗠𝗘 Dila sedang mencari sesiapa yang nak bina kerjaya atau yang nak tambah pendapatan di Coway secara sepenuh masa -Income tambahan dari Rm2000-Rm11000 -Tak perlu simpan Produk -Payslip diberikan -Trip Percutian Luar Negara   http://www.wasap.my/+60124506763 #kerjacoway #csteam #theelitewarriors #kerjaya #coway Tahukah anda Kerja di Coway ni sebenarnya kerjaya yang terjamin dan menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Tahukah anda kerjaya sebagai JURUJUAL  atau SALES termasuk dalam senarai KERJA INCOME PALING LUMAYAN. Berikut berita ASTRO AWANI 10 pekerjaan dengan gaji paling lumayan di Malaysia Menurut  The 2016 Hays Asia Salary Guide , pada hakikatnya, 53 peratus rakyat Malaysia menganggap gaji dan faedah sebagai keutamaan apabila memilih pekerjaan. Dalam erti kata lain lima dari 10 rakyat Malaysia menjadikan prospek gaji sebagai faktor